Friday, December 19, 2008
berilah bantuan..
Negara kita terkenal dengan rakyatnya yang prihatin. Jika berlaku sesuatu, pasti ada yang akan memberi bantuan..tetapi alangkah sedihnya hati pabila terbaca di akhbar..rakyat yang miskin merayu pada kerajaan agar di beri bantuan..adakah kita sebagai insan yang duduk di bawah satu lembayung Negara ini kurang prihatin dengan situasi yang berlaku..penoreh getah di kedah merayu agar di beri bantuan agar dapat mengurangkan beban.sesi persekolahan semakin hampir, kelengkapan anak-anak harus di sediakan secepat mungkin.ibu bapa mana yang sanggup melihat kesusahan dan kepayahan anak-anak menahan derita. Sebak di dada melihat berita ini, dimanakah harus saya luahkan jeritan ini..yang berharta terus mengejar kekayaan tanpa memikirkan yang sedang kesusahan..harapan saya agar kita sama-sama lah menyedari bahawa hidup kita di dunia hanyalah pinjaman...sedarlah, memberi pertolongan itu akan menjadikan kita insan yang lebih beriman..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
pOhh!skema gle!hah2.pasni kO jd wartawan la pjah.xpOn editOr majalah.ngeh2.
Post a Comment